“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..”
laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.
Selain itu ciri lain Zulkarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi…
“…dan kami berkata wahai Zulkarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.
Raja Kurush disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle… sebagai seorang raja yang beriman. Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.
Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf, tidak suka kepada pembunuhan, memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takut pada Allah. Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah. Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia, rajanya yaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.
Ciri Zulkarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi..
“Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.
Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur yaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.
Ciri Zulkarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :
“Hingga beliau(Zulkarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulkarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya” [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]
Berkaitan dengan perkara di atas , Penduduk atau bangsa yang meminta bantuan dari Zulkarnain itu bukannya penduduk atau komunitas yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal. Mengikut pendapat ramai pakar sejarah, tembok Zulkarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia. Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.
Merujuk kepada penulisan Herodotus, beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani. Ia didukung oleh flavius Josephus selepas itu. Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great).
Untuk mengetahui siapakah bangsa yang meminta bantua Zulkarnain, marilah kita merujuk ayat Al-Quran ,kata-kata Zulkarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”. Ada yang beranggapan ini bermaksud Zulkarnain hanya membantu mereka, sebenarnya mereka telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut (telah pandai bukan kaum yang primitif).
Maka siapakah bangsa misteri itu? Jika menurut penulisan Herodotus, kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi. Mereka berasal dari Selatan Kaukasus. Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom. Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan]
Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.
Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).
jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zulkarnain untuk membuat tembok besi itu???
Jawabannya ialah sudah pasti mereka meminta Zulkarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zulkarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zulkarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!
Alasan yang lain ialah mungkin mereka ingin teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulkarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu, 29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zulkarnain. Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!
Jika disandarkan kepada kriteria Zulkarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .
Kesimpulan
Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulkarnain, Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu.
kaum Georgian dan Bangsa Armenia adalah kaum yang meminta dibina tembok.
Pada masanya Ya'juj dan Ma'juj adalah Kaum Scythian dan Cimmerian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.